Lms Esport Podcast Kerjaya Dalam Esukan

30 Januari 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 29 Januari 2026, telah diadakan LMS eSport Podcast bertajuk “Kerjaya dalam e-Sukan” bertempat di NADI Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini melalui sistem LMS eSport secara atas talian.

Dalam podcast episod ke-13 ini, adalah bertujuan memberi pendedahan kepada peserta mengenai kerjaya dalam industri e-sukan yang sering disalah anggap hanya terhad kepada pemain profesional. Podcast ini bersama tetamu jemputan, Encik Imran Syahril, atau lebih dikenali sebagai Abey, seorang Broadcast Producer, perkongsian ini memberi gambaran sebenar tentang peranan di sebalik tabir dalam dunia e-Sukan serta peluang kerjaya yang wujud di luar arena permainan. Industri e-Sukan sebenarnya menawarkan pelbagai laluan kerjaya seperti pengurusan acara, pengurusan pasukan, pengacaraan, penghasilan kandungan, teknikal penyiaran dan banyak lagi, seiring dengan perkembangan pesat industri digital.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali